ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI MAJALAH KATOLIK

Tajuk diatas merujuk kepada dua berita serentak iaitu berita kenyataan Datuk Dr Haron Din diatas dan kenyataan PAS Pusat dibawah.
BERITA 1 - Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan beberapa penulis blog termasuk pemimpin politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar Khatolik, adalah mereka yang ada ‘ short wire ’ .Dalam erti kata lain, otak mereka mungkin sudah ada masalah, tak betul atau mungkin gila.Barangkali, Yang di Pertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, antara yang menulis di blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, boleh terasa pedas maksud di atas kerana ahli parlimen itu yang ‘makan cili’.Malah tambah Dr Haron lagi, mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik.-

BERITA 2 -Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Isnin malam berpendirian supaya semua pihak tidak menyalahgunakan perkataan ‘Allah’ tanpa pendirian jelas samada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan majalah Herald The Catholic Weekly itu perlu ditolak, diterima ataupun dibuat rayuan.Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada wartawan pada hampir 12 tengahmalam itu, PAS hanya memberi peringatan supaya perkataan ‘Allah’ tidak disalahgunakan bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.PAS juga menjelaskan bahawa dasar pada kaedah Islam, penggunaan nama ‘Allah’ pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. APA DAH JADI INI……….
ITU CERITA ORANG POLITIK TANAH AIR………atau senang cakap POLITIK cari makan…
ini pula kata hati pernduduk dan NGO Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Kata sepakat mereka tercapai dalam satu pertemuan pada 3hb Januari 2010 di Surau Al Munawarah Kg Melayu Majidee… (see photo)






akhirnya berlangsunglah satu Demonstrasi aman diperkarangan Masjid Kampung Melayu Majidee Johor Bahru pada 6hb Januari 2010 selepas solat asar.
PROTES PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI JOHOR BAHRU

Mereka adalah dari pertubuhan-pertubuhan sukarela dari Parlimen Johor Bahru seperti Jemaah Qura’ Johor Bahru, Seni Silat Gerak Singkir, Badan Kebajikan Islam Kg Melayu Majidi, Persatuan Anak-Anak Melayu Bersatu, Persatuan Penduduk Jalan Merdeka, Pertubuhan Al-Ehsan Malaysia, Pekida Kg Melayu dan lain-lain.
Gabungan NGO ini memulakan protes dengan bacaan doa dan bacaan ikrar.
Pihak Polis telah mengadakan kawalan dan setelah hampir setengah jam mereka bersurai.



